Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik merupakan mesin yang direkabentuk untuk membolehkan pengguna terutamanya pelajar yang menjalani kerja amali di bengkel foundry supaya dapat menjalankan kerja dengan lebih mudah serta cepat bagi menjimatkan masa pembelajaran.Skop kerja yang telah dihasilkan sepanjang perancangan projek ini ialah:
1. Mesin ini direkabentuk khususnya untuk kegunaan di bengkel foundry.
2. Merekacipta sistem pengayak berbentuk “Zip-Zap” yang dapat mengayak pasir dengan lebih cepat secara automatik serta pemasangan jaring yang boleh diubah- ubah.
3. Menggunakan motor 1400 r.p.m supaya dapat mengerakkan sistem pengayak dan penggred secara automatik untuk mengayak pasir yang dikehendaki bagi proses acuan tuangan pasir.
4. Dapat menghasilkan dan mengasingkan pasir silika pelbagai saiz atau gred secara automatik untuk proses acuan tuangan.
5. Menggunakan 3 jenis saiz jaring (0.3mm, 0.2mm, 0.05mm) yang dapat menggred secara berperingkat dengan lebih cepat secara automatik dengan kadar kelajuan motor yang telah ditetapkan.
6. Merekabentuk sebuah mesin pengayak dan penggred automatik dengan saiz yang sederhana yang dapat menjimatkan ruang bengkel.
7. Saiz hopper yang sesuai dengan rekabentuk saiz. Hopper yang dapat menampung 15kg pasir silika.
assalamualaikum abg...bleh tak saya nk no wasap abg..saya nk tnye pasal motor 1400 r.p.m tuu..saya tgh pening ni utk buat projek akhir tahun
ReplyDelete