Proses kerja dibengkel foundry untuk menghasilkan acuan tuangan pasir memerlukan kita menggunakan bahan yang disediakan. Antara bahan yang digunakan ialah pasir silika. Namun demikian, pasir tersebut harus diayak dan digredkan dahulu sebelum menjalankan proses seterusnya. Proses mengayak dan menggred pasir ini dijalankan secara manual seperti yang dilakukan oleh pelajar- pelajar yang menjalani kerja dibengkel foundry sebelum ini dan ia membazirkan masa serta memerlukan banyak pengunaan tenaga. Selain itu, ia amat melambatkan masa kerana pelajar perlu menumpukan pada satu kerja ini sahaja tanpa dapat melakukan kerja sampingan yang lain untuk mendapatkan hasil kuantiti ayakan dan gred yang dikehendaki untuk tujuan proses acuan tuangan.
Oleh yang demikian, untuk memudahkan proses kerja dibengkel foundry untuk kegunaan pelajar dan pensyarah mengenai proses (P&P) tentang cara membuat dan menyediakan bahan untuk proses acuan tuangan iaitu proses mengayak dan menggred pasir silika, hasil daripada membuat tinjauan dan kajian oleh saya, satu mesin diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan “Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik” untuk mengasingkan pasir silika dalam pelbagai gred bagi tujuan proses acuan tuangan, khususnya untuk kerja di bengkel foundry.
No comments:
Post a Comment