Friday, 20 May 2011

Kajian Awal

Latar Belakang Masalah
Setiap produk yang tercipta adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak objektif       sebenar projek tersebut.  Ia juga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian penggunaanya.  Memandangkan pelbagai masalah yang wujud ekoran kepantasan aliran teknologi, maka pelbagai jenis mesin direkabentuk mengikut  kehendak pengguna yang sentiasa dahagakan kemudahan.
Antara masalah yang dianalisa di dalam bengkel foundry ialah, masa yang diambil untuk mengayak dan menggred pasir secara manual bagi setiap satu acuan  mengambil masa yang agak lama. Selain daripada itu, proses pengayakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak jika menggunakan cara manual dan proses pengayakkan hanya dapat menghasilkan satu gred sahaja.  Pelajar juga terpaksa bekerja keras untuk mengayak dan menggred pasir sehingga mencapai kuantiti yang dikehendaki serta tidak dapat melakukan kerja sampingan yang lain, contohnya kerja menyiapkan pattern acuan tuangan.
Selain itu, proses tuangan  tidak dapat ditunjukkan kepada pelajar pada masa pembelajaran dan pengajaran (P&P)  kerana kesuntukan masa.  Pelajar hanya dapat menyiapkan ‘pattern’ acuan tanpa dapat melihat proses acuan dibentuk melalui proses tuangan acuan yang sebenar.

Daripada masalah diatas, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan sebuah mesin yang dinamakan “Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik” agar ia dapat menjimatkan masa, memudahkan kerja, mengurangkan penggunaan tenaga dan membantu pensyarah dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka.  Pelajar juga dapat memahami proses membuat acuan tuangan pasir dan menyediakan bahan acuan ini dengan lebih terperinci serta memahami langkah-langkah proses membuat acuan tuangan di dalam bengkel foundry dengan betul.Selain itu juga, ‘Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik’ ini boleh digunakan di bengkel kejuruteraan awam bagi tujuan mendapatkan dan mengasingkan hasil pasir yang dikehendaki untuk membuat proses pemelelasan dinding bangunan serta pengikatan batu-bata bagi struktur bangunan.

No comments:

Post a Comment