Friday, 20 May 2011

Lukisan Lengkap Projek

Assembly Drawing


Detail Drawing





Exploded Drawing



Kesimpulan

Kesimpulannya, dengan cadangan projek saya iaitu ‘Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik’ ini, terbukti bahawa ianya telah dapat memenuhi objektif yang telah dikemukakan dan bersesuaian dengan permasalahan yang timbul.  Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis dan kajian yang telah  dilakukan terhadap mesin pengayak dan penggred automatik saya. Selain itu, dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah penasihat dan pensyarah yang lain, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan rancangan projek ini.

Perancangan Kerja

Rekabentuk Alat

Lakaran Projek

Perumusan Masalah Projek

Projek yang dirancangkan ini adalah merekabentuk sebuah Mesin Pengayak Dan Penggred Pasir Automatik untuk digunakan di bengkel foundry.  Mesin  pengayak pasir ini akan mengasingkan pasir silika yang masih bercampur antara yang halus dan yang masih bergumpal.  Pasir itu diayak untuk digunakan dalam menghasilkan  proses acuan tuangan pasir.  Pasir yang telah digunakan dalam proses acuan tuangan pasir boleh dikitar semula menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik untuk menjimatkan kos. Selain itu, mesin ini direkabentuk agar keluarannya lebih banyak dan pengoperasiannya lebih mudah serta menjimatkan masa.  Disamping itu dengan adanya mesin pengayak dan penggred automatik ini, kerja sampingan yang lain dapat dijalankan serentak.  Dengan adanya mesin ini, proses pembelajaran didalam bengkel foundry menjadi lebih singkat.

-kajian terhadap proses mengayak dan menggred yang sedia ada dipasaran

Kaedah Pengayakan Secara Manual Menggunakan Jaring Besi



-Cara ini menggunakan banyak tenaga serta mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kuantiti yang diperlukan. Ia juga perlu dilakukan berulang-ulang kali menggunakan jaring besi yang berlainan saiz untuk mendapatkan hasil yang berbeza.
Cara yang popular digunakan sebelum ini ialah dengan cara mengayak pasir  tersebut menggunakan jaring besi mengikut saiz yang dikehendaki.  Pasir diletakkan di atas jaring besi dan digoncangkan berkali-kali secara manual.

Menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Yang Berfungsi Secara Manual
-
Cara yang digunakan untuk mengayak dan menggred pasir menggunakan mesin pengayak dan penggred yang berfungsi secara manual lebih efisyen kerana dapat menggred pasir dengan sekaligus berbanding menapis menggunakan jaring besi. Cara ini masih lagi memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, namun ia dapat menghasilkan keluaran yang lebih banyak dan dapat menggred saiz yang berlainan berbanding dengan cara menapis atau mengayak menggunakan jaring besi.  Mesin dibawah menggunakan gigi gear dan rantai untuk menggerakkan jaring besi secara berputar untuk mendapatkan saiz pasir yang dikehendaki.



Menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Yang Berfungsi Secara Gegaran



-
Cara yang digunakan untuk mengayak dan menggred pasir menggunakan mesin pengayak dan penggred secara gegaran yang berfungsi secara automatik lebih efisyen kerana dapat menggred pasir secara automatik berbanding menapis menggunakan jaring besi.


_
-
--




Kajian Awal

Latar Belakang Masalah
Setiap produk yang tercipta adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak objektif       sebenar projek tersebut.  Ia juga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian penggunaanya.  Memandangkan pelbagai masalah yang wujud ekoran kepantasan aliran teknologi, maka pelbagai jenis mesin direkabentuk mengikut  kehendak pengguna yang sentiasa dahagakan kemudahan.
Antara masalah yang dianalisa di dalam bengkel foundry ialah, masa yang diambil untuk mengayak dan menggred pasir secara manual bagi setiap satu acuan  mengambil masa yang agak lama. Selain daripada itu, proses pengayakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak jika menggunakan cara manual dan proses pengayakkan hanya dapat menghasilkan satu gred sahaja.  Pelajar juga terpaksa bekerja keras untuk mengayak dan menggred pasir sehingga mencapai kuantiti yang dikehendaki serta tidak dapat melakukan kerja sampingan yang lain, contohnya kerja menyiapkan pattern acuan tuangan.
Selain itu, proses tuangan  tidak dapat ditunjukkan kepada pelajar pada masa pembelajaran dan pengajaran (P&P)  kerana kesuntukan masa.  Pelajar hanya dapat menyiapkan ‘pattern’ acuan tanpa dapat melihat proses acuan dibentuk melalui proses tuangan acuan yang sebenar.

Daripada masalah diatas, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan sebuah mesin yang dinamakan “Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik” agar ia dapat menjimatkan masa, memudahkan kerja, mengurangkan penggunaan tenaga dan membantu pensyarah dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka.  Pelajar juga dapat memahami proses membuat acuan tuangan pasir dan menyediakan bahan acuan ini dengan lebih terperinci serta memahami langkah-langkah proses membuat acuan tuangan di dalam bengkel foundry dengan betul.Selain itu juga, ‘Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik’ ini boleh digunakan di bengkel kejuruteraan awam bagi tujuan mendapatkan dan mengasingkan hasil pasir yang dikehendaki untuk membuat proses pemelelasan dinding bangunan serta pengikatan batu-bata bagi struktur bangunan.

Objektif Projek

Objektif sesebuah projek memainkan peranan penting dalam sesebuah laporan.Matlamat yang disasarkan terhadap projek hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terperinci.Dalam projek ini,projek yang kreatif dan berkesan menjadi pendorong kejayaannya.


Untuk projek ini,objektifnya ialah untuk menghasilkan dan merekabentuk sebuah “Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik” yang berkemampuan mengayak dan menggred pasir silika bagi memudahkan kerja di bengkel foundry  untuk tujuan proses acuan tuangan.

Skop Kerja

Skop kerja merangkumi semua penyelidikan dan kajian yang dilakukan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Skop kerja adalah merupakan satu perkara yang penting kerana ianya adalah perkara yang perlu dilakukan semasa merekabentuk.


Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik merupakan mesin yang direkabentuk untuk membolehkan pengguna terutamanya pelajar yang menjalani kerja amali di bengkel foundry supaya dapat menjalankan kerja dengan lebih mudah serta cepat bagi menjimatkan masa pembelajaran.Skop kerja yang telah dihasilkan sepanjang perancangan projek ini ialah:

1.  Mesin ini direkabentuk khususnya untuk kegunaan di bengkel foundry.
2. Merekacipta  sistem pengayak berbentuk “Zip-Zap” yang dapat mengayak pasir dengan lebih cepat secara automatik serta pemasangan jaring yang boleh diubah- ubah.
3. Menggunakan motor 1400 r.p.m supaya dapat mengerakkan sistem pengayak dan penggred secara automatik untuk mengayak pasir yang dikehendaki  bagi proses acuan tuangan pasir.
4. Dapat menghasilkan dan mengasingkan pasir silika pelbagai saiz atau gred secara automatik untuk proses acuan tuangan.
5. Menggunakan 3 jenis saiz jaring (0.3mm, 0.2mm, 0.05mm) yang dapat menggred secara berperingkat dengan lebih cepat secara automatik dengan kadar kelajuan motor yang telah ditetapkan.
6.  Merekabentuk sebuah mesin pengayak dan penggred automatik dengan saiz yang sederhana yang dapat menjimatkan ruang bengkel.
7. Saiz hopper yang sesuai dengan rekabentuk saiz. Hopper yang dapat   menampung 15kg pasir silika.

Kepentingan Projek

ΓΌ  Masa Pengeluaran Produk  -                 
             Di sesebuah bengkel foundry yang mengeluarkan hasil yang banyak, ianya memerlukan masa pengeluaran hasil yang terkawal. Mesin ini direkabentuk agar keluarannya lebih banyak dan pengoperasiannya lebih mudah serta menjimatkan masa.  Disamping itu dengan adanya mesin ini, kerja sampingan yang lain dapat dijalankan serentak.  Dengan adanya mesin ini juga, proses pembelajaran didalam bengkel foundry menjadi lebih singkat.

-

 -

Batasan Dan Bidang Kajian

Proses kerja dibengkel foundry untuk menghasilkan acuan tuangan pasir memerlukan kita menggunakan bahan yang disediakan.  Antara bahan yang digunakan ialah pasir silika.  Namun demikian, pasir tersebut harus diayak dan digredkan dahulu sebelum menjalankan proses seterusnya.  Proses mengayak dan menggred pasir ini dijalankan secara manual seperti yang dilakukan oleh pelajar- pelajar yang menjalani kerja dibengkel foundry sebelum ini dan ia membazirkan masa serta memerlukan banyak pengunaan tenaga.  Selain itu, ia amat melambatkan masa kerana pelajar perlu menumpukan pada satu kerja ini sahaja tanpa dapat melakukan kerja sampingan yang lain untuk mendapatkan hasil kuantiti ayakan dan gred yang dikehendaki untuk tujuan proses acuan tuangan.
Oleh yang demikian, untuk memudahkan proses kerja dibengkel foundry  untuk kegunaan pelajar dan pensyarah mengenai proses (P&P) tentang cara membuat dan menyediakan bahan untuk proses acuan tuangan iaitu proses mengayak dan menggred pasir silika, hasil daripada membuat tinjauan dan kajian oleh saya, satu mesin diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan “Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik” untuk mengasingkan pasir silika dalam pelbagai gred bagi tujuan proses acuan tuangan, khususnya untuk kerja di bengkel foundry.

Pengenalan

1. 
        Dalam arus kemodenan masa kini, teknologi semakin canggih dan berkembang pesat dalam pelbagai sektor.  Perkembangan teknologi yang membawa kepada kecanggihan produk ini bukan sahaja direka untuk mesra pengguna malah menjimatkan masa dan meminimumkan tenaga manusia serta kos dari segi pembuatan dan modal.  Justeru itu pelbagai inovasi serta ciptaan baru berjaya dikomersilkan di dalam pasaran dalam pelbagai sektor.

          Keperluan pengguna yang inginkan keselesaan sentiasa membuat pereka-pereka merekabentuk dan seterusnya membentuk hasil yang terbaik untuk kepuasan pengguna.

          Dalam proses merekabentuk produk daripada mula hinggalah akhir,banyak kajian yang perlu dititikberatkan dan diambil perhatian.Perkara yang perlu dijelmakan ialah bagaimana dan apakah kaedah yang harus digunakan untuk memastikan produk berjaya memenuhi kehendak objektif.
          Pelbagai perkara perlu diberi perhatian dalam menghasilkan produk. Antaranya ialah:
                                     i.        Sentiasa mempelajari,memahami dan membuat kajian dengan jelas akan keperluan sesuatu produk yang ingin dihasilkan.
                                    ii.        Gunakan kaedah yang sistematik kerana ianya akan memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk digunakan. 

Pendahuluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan... Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya membina sebuah blog khusus untuk subjek DTV 4022 Project Proposal pada semester ini... Terima kasih kepada pensyarah penyelia iaitu Encik Zakhlis Anwar Bin Jalis dan juga kepada semua pensyarah fakulti mekanikal diatas bantuan dan tunjuk ajar dalam saya menyempurnakan keperluan subjek ini.Tajuk yang dipilih oleh saya untuk subjek ini ialah 'Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik'.