Assembly Drawing
Detail Drawing
Exploded Drawing
Proposal Mesin Pengayak&Penggred Automatik
Friday, 20 May 2011
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan cadangan projek saya iaitu ‘Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik’ ini, terbukti bahawa ianya telah dapat memenuhi objektif yang telah dikemukakan dan bersesuaian dengan permasalahan yang timbul. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis dan kajian yang telah dilakukan terhadap mesin pengayak dan penggred automatik saya. Selain itu, dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah penasihat dan pensyarah yang lain, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan rancangan projek ini.
Perumusan Masalah Projek
Projek yang dirancangkan ini adalah merekabentuk sebuah Mesin Pengayak Dan Penggred Pasir Automatik untuk digunakan di bengkel foundry. Mesin pengayak pasir ini akan mengasingkan pasir silika yang masih bercampur antara yang halus dan yang masih bergumpal. Pasir itu diayak untuk digunakan dalam menghasilkan proses acuan tuangan pasir. Pasir yang telah digunakan dalam proses acuan tuangan pasir boleh dikitar semula menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Automatik untuk menjimatkan kos. Selain itu, mesin ini direkabentuk agar keluarannya lebih banyak dan pengoperasiannya lebih mudah serta menjimatkan masa. Disamping itu dengan adanya mesin pengayak dan penggred automatik ini, kerja sampingan yang lain dapat dijalankan serentak. Dengan adanya mesin ini, proses pembelajaran didalam bengkel foundry menjadi lebih singkat.
-kajian terhadap proses mengayak dan menggred yang sedia ada dipasaran
Kaedah Pengayakan Secara Manual Menggunakan Jaring Besi
-Cara ini menggunakan banyak tenaga serta mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kuantiti yang diperlukan. Ia juga perlu dilakukan berulang-ulang kali menggunakan jaring besi yang berlainan saiz untuk mendapatkan hasil yang berbeza.
Cara yang popular digunakan sebelum ini ialah dengan cara mengayak pasir tersebut menggunakan jaring besi mengikut saiz yang dikehendaki. Pasir diletakkan di atas jaring besi dan digoncangkan berkali-kali secara manual.
Menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Yang Berfungsi Secara Manual
-
Cara yang digunakan untuk mengayak dan menggred pasir menggunakan mesin pengayak dan penggred yang berfungsi secara manual lebih efisyen kerana dapat menggred pasir dengan sekaligus berbanding menapis menggunakan jaring besi. Cara ini masih lagi memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, namun ia dapat menghasilkan keluaran yang lebih banyak dan dapat menggred saiz yang berlainan berbanding dengan cara menapis atau mengayak menggunakan jaring besi. Mesin dibawah menggunakan gigi gear dan rantai untuk menggerakkan jaring besi secara berputar untuk mendapatkan saiz pasir yang dikehendaki.
Menggunakan Mesin Pengayak Dan Penggred Yang Berfungsi Secara Gegaran
-
Cara yang digunakan untuk mengayak dan menggred pasir menggunakan mesin pengayak dan penggred secara gegaran yang berfungsi secara automatik lebih efisyen kerana dapat menggred pasir secara automatik berbanding menapis menggunakan jaring besi.
_
-
--
Subscribe to:
Posts (Atom)